Selasa, 30 November 2010

Menu istemewa di jerantut, nasi goreng sungai par, sup gearbox muaahhh!!!



Maklumat lanjut hubungi ;

014-8287430 ( ALI GB)

019-9276015 ( mat )

Rabu, 17 November 2010

saje..saje je..

asalamualaikom...selamat merayakan aiduladha..2010...jaga anak-anak pun satu pengorbanan...

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

asalamualaikum...
salam hamba hulur tanda ikatan, selamat hari raya dari saya dan keluarga kepada semua pengujung blog ini,saya sentiasa mendoakan moga kita semua dapat merayakan hari yang mulia ini dalam suasana yang aman dan gembira, jangan di lupa pada saudara kita yang tak bernasib baik,
saya menyusun sepuluh jari..memohon ampun dan maaf ,andai ada salah dan silap, maaf zahir batin..

Selasa, 31 Ogos 2010

31 OGOS 2010

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Seawal tujuh pagi lagi aku dah keluar rumah.aku jarang korbankan masa tidur aku ..nak pulak masa masa cuti ni, tapi hari ini aku bangun dengan semangat merdeka!! aku anak merdeka, aku tak mau lagi di jajah oleh rasa malas, aku perlu berubah sejajar dengan saranan pemimpin negara,1 malaysia menjana tranfomasi,
aku bersama warga jerantut berkumpul di padang majlis dearah jerantut, semua kaum ada..kami lupakan semua fahaman politik, agama,kaum, kami berkumpul atas nama bangsa MALAYSIA!
menitis air mata aku bila lagu NEGARAKU di mainkan..aku amat terharu..aku bersukur kerna aku masih lagi berpijak dibumi MALAYSIA! NEGARA yang amat ku sayangi..aku amat sedih kerna ada pihak yang mehina JALUR GEMILANG,aku tak dapat sembunyikan rasa marah bila JALUR GEMILANG di bakar!!!! memang menusuk hati aku...jika yang membakar itu di depan mata aku...aku akan pastikan nasibnya juga akn sama ...
Wahai anak anak bangsa ku...bangun lah..ini negara kita,tempat tumpah darah kita,tempat kita mencari rezeki,...bersama-sama lah kita mempertahankanya!!! satu Malaysia menjana tranfomasi!! MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA!

Isnin, 23 Ogos 2010

Ke mana perginya semangat Mat Kilau dan Datuk Bahaman?

KITA seharusnya bersyukur kerana dalam tempoh sebulan ini rakyat terutama umat Islam menyambut tiga sambutan penting iaitu Ramadan, ulang tahun hari kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri.

Umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu dan ia jatuh serentak dengan bulan kemerdekaan yang kemuncaknya akan diraikan pada 31 Ogos ini oleh seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Kira-kira 10 hari selepas itu, umat Islam akan merayakan pula hari lebaran iaitu Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda berakhirnya Ramadan.

Bagaimanapun kali ini penulis tidak mahu menyentuh mengenai puasa atau keghairahan umat Islam di negeri ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagaimana tulisan lalu.

Apa yang menarik perhatian penulis kali ini adalah kesuraman sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di negeri ini yang jatuhnya hampir serentak dengan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Keghairahan membuat persiapan raya dikatakan merupakan faktor utama sambutan hari kemerdekaan seolah-olah dilupakan oleh sebahagian rakyat negeri ini .

Sebenarnya tidak salah untuk membuat persiapan awal untuk menyambut raya bagi mengelakkan pelbagai masalah terutama kesesakan di tengah-tengah pusat bandar Kuantan pada saat-saat akhir.

Namun, di sebalik keterujaan umat Islam menyambut raya yang hanya tinggal 18 hari lagi, bagaikan tiada sebarang persediaan pula untuk menyambut Hari Kemerdekaan.

Ke mana hilangnya semangat patriotik kita semua?

Dengan Hari Kemerdekaan ke-53 hanya tinggal kira-kira seminggu, masih belum ada kibaran Jalur Gemilang pada premis perniagaan dan kediaman.

Jalur Gemilang hanya dapat dilihat di beberapa bangunan kerajaan. Namun, tidak semua jabatan kerajaan berbuat demikian. Bilangannya juga boleh dikira dengan jari.

Jika di atas jalan raya, hanya satu, dua kenderaan yang dilihat memasang Jalur Gemilang, itu pun pada kenderaan awam seperti teksi dan bas atau kenderaan milik jabatan dan agensi kerajaan.

Masih tidak kelihatan kenderaan persendirian memasang Jalur Gemilang sebagaimana yang dapat dilihat pada sambutan tahun-tahun lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar ini mendapati bagaikan tiada persiapan menyambut hari kemerdekaan, mungkin kerana ditenggelami oleh persiapan sebahagian penduduk menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Jika umat Islam mungkin terlalu menumpukan perhatian untuk melakukan persiapan raya sehingga 'terlupa' untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara, bagaimana pula dengan kaum-kaum lain?

Seingat penulis, tiada sebarang perayaan keagamaan yang perlu disambut oleh kaum bukan beragama Islam dalam tempoh terdekat ini.

Lihat sahaja sebahagian besar premis perniagaan di bandar-bandar utama di Pahang yang merupakan milik bukan Melayu yang masih tidak memasang Jalur Gemilang.

Apa pun Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bukan alasan untuk tidak menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

Orang ramai juga tidak boleh mengharapkan kerajaan negeri untuk memberi Jalur Gemilang percuma yang tidak berapa sen harganya.

Miskin sangatkah warga Pahang hingga tidak mampu membeli Jalur Gemilang atau rakyat negeri ini selama ini telah ditanam dengan jiwa subsidi.

Kemerdekaan negara bukan diperoleh dengan percuma. Ia terpaksa dibeli dengan darah, keringat dan air mata oleh pejuang dan pemimpin terdahulu yang mahu melihat anak bangsanya hidup makmur di bumi bertuah ini.

Sebagai negeri yang menjadi tanah tumpah darah Mat Kilau dan Datuk Bahaman, rakyat Pahang seharusnya perlu mendahului dalam menjiwai semangat patriotik berbanding penduduk negeri lain.

Namun yang menyedihkan, semangat itu kian luntur bersama peredaran zaman.

Apakah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menelan belanja berjuta-juta ringgit masih tidak dapat menanam semangat patriotik ribuan remaja dan belia negeri ini untuk menyambut hari kemerdekaan negara?

Ingatlah, tanpa keamanan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini, mungkin kita tidak dapat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.


Selasa, 29 Jun 2010

Pakcik mat jambu,, menulis...

Assalamualaikum..slm 1 malaysia,
bertemu lagi kita dalam ruangan blog yang sama tetapi dalam situasi yang berbeza,mungkin ada antara kawan2 yang sedang membaca blog pakcik ni,di kedai yang ada wifi,ataupun di blackberry yang harganya pakcik boleh tambah orang umah ( hahaha nk mampus!!) dimana pun anda..pakcik harap anda suka dengan blog pakcikmatjambu.
sekarang ni boleh dikatakan semua orang cerita pasal BOLA..World cup!! tensen jugak kadang2, yealah pakcik ni bukan minat sangat dgn bola ni,tak tau lah kenapa, pakcik akui memang tak ada pendedahan awal untuk pakcik dalam sukan bola ni,pakcik masa kecil orang susah, tv pun tak ada, yang pakcik ingat mula2 pakcik sepak bola masa darjah 1mawar, itupun masa PJ, asik kena marah je dengan budak2 kelas,diorang ek la,pandai main, sampai ada yang gelar pakcik ni kaki bangku!! merasa jugak 5 line kat atas belakang..hadiah dari guru besar...pasal kaki bangku betul naik atas kepala diaorang...itulah kenangan bola pakcik..sekarang pakcik tengok jugak WORLD CUP, pakcik sokong JERMAN...( pasal awek pakcik sokong ,pakcik ikut la..hahahah)

Selasa, 1 Jun 2010

MERENUNG MASA DEPAN


Jalan manakah akan ku tuju....bagaimanakah jalanan hidupku...ku serah segalanya padamu Ya ALLAH...

Khamis, 27 Mei 2010

RATUKU

Setiap ada kamu,
mengapa jantungku ini,
berdetak lebih kencang..
seperti genderangmau perang.
setiap ada kamu..
mengapa darahku mengalir lebih cepat.
dari ujung kaki ke ujung kepala..
setiap ada kamu...
otak ku berpikir
bagaimana caranya...
untuk bedua bersama kamu.
aku sedang ingin bercinta kerana
mungkin ada kamu disini...aku ingin..

Rabu, 26 Mei 2010

GAJI..

"GAJI..INI BULAN LAMBAT...INI BULAN MANA ADA UNTUNG! TADAK-TADAK!! LU MAU LAIN MINGGU MALI OPIS, JANGAN KACAU2 SINI, LU OLANG KELIJA MAYAK MALAS LAGI MAU GAJI CUPAT..!!"

"oi tokey!! lu jangan main2 aaa..kitaolang mali bukan mau mintak gaji la,kitaolang mau mintak cuti,"

"OOO..E2 MACAM KA?BOLEH2 LU OLANG TERUS TAK PAYAH MALI PUN TAKPA...."

TTTOOOKEYYYYY............!!!!!!

Ahad, 23 Mei 2010

PASAR MALAM JERANTUT

Semalam dipasar malam, cuaca hujan dari pagi sampai malam,lambat aku pergi niaga, dah ramai yang menanti ...maaf kepada semua...apa pun terima kasih kepada yang setia, anda semua di hati PAKCIK MAT JAMBU..!!!!

PAKCIK MAT JAMBU ON PASAR MALAM

Rabu, 19 Mei 2010

PEMBANTU PERIBADI , ( KEPADA YANG PERNAH MAKAN JAMBU PAKCIK MAT,SILA BAGI SEDIKIT KOMEN MENBINA,yg trbaik akn mendapat jambu free,)
Salam semua..maafkan koi kerana tidak mencoretkan pekara baru dalam blog koi nie, bukan nya tak ada cerita..tapi koi kini sedang dalam dilema..korang tengok sendiri lah....9 bidadari ....aduh cun2 pulak semuanya....( koi tak dapat nak cerita lah,nanti akak tau ,tido dalam kereta la nampaknya,) Bye,bye..

Sabtu, 15 Mei 2010

TANGGA

Kenal tak kawan2 apa yang ada dalam gambar disebelah? ya betol! TANGGA!
macam2 yang kita boleh kaitkan dengan TANGGA, TANGGA kejayaan,TANGGA gaji,TANGGAci, tapi yang aku nak cerita ialah tentang.. rumah TANGGA, macam2 cerita tentang rumahtangga, tapi nanti lah aku cerita...bini aku dah siap tu, nak pegi sarapan..nanti naik angin pulak...itu lah rumahTANGGA..kena banyak bersabar.........

Khamis, 13 Mei 2010

Kesian ko johan kena baling dengan gelas,itu lah cabaran nak jadi artis,

Ahad, 9 Mei 2010

9.5.2010 AHAD

BESTDAY GUA.

dapat ucapan pertama dari yang tersayang..gua tanya mana hadiah? beliau kata ''tak ada lagi pagi2 ni,malam nanti masa diner."..(teruja jugak nak tunggu malam) gua bukan kisah sangat tentang hadiah,yang penting dapat ucapan,itu tanda dia ambil berat tentang gua.
8:45pg.dapat pangilan dari radio malaysia pahang.(RMPfm)mereka ucapkan happy bestday pada gua..(gua sebak sangat,terasa diri dihargai.)terima kasih RMPfm.gua akan tetap setia bersama anda.

mereka sumber inspirasiku.......mereka juga sumber ilhamku.........dan yang pasti mereka pewaris hartaku..( lawa tak is3 aku?) korang jangan ayat tau..dia je yang dapat aku ayat sepanjang 15 thun menjadi ROMEO!!

hahahaha......jangan tak percaya aku pernah pergi uji bakat raja lawak.tu yang gemuk aku la tu..orang punyalah ramai,lutut menda lagi goyang inul la..hapa pun tak jadi

Jumaat, 7 Mei 2010

jumaat yang ku lalui......

Mlas nk bgun je pg ni,,penat.... jgn ingt yg bkn2..xdk ape2 yg brlaku mlm td.........mlm jumaat aku berlalu bgtu aje.....aku pnat krna krja mlm.kna tlong adik kt gerai dia,budak krja dh cabut....!!!!.x cukup gaji agknya,nk gaji mhal tp krja x tau,rm20 xckup lg kr? cuci pingan &gelas je.,aku pg dh kuar cari brg niaga,( aku niaga jambu potong ) cuba niaga sdri...stkt ari ni alhamdulilah.!! lepas la belanja rumah. .NAK KAYA???? ramai yg tya aku.. ilang akal la kalau aku ckp xnk..!!! tau x,bgun pg je aku dh ingt Kaya!! ye mkn roti bkr ltk kaya....pg2 aku dh kaya..tp dorg xckp ttg kaya mkn tu..dorg ckp kaya yg RM byk!!!! aku tya mana nkdpt?? JUAL TANAH!!! gila ka dorg ni?? nk suruh aku mpos?? mak aku tu mmg sensitif ckp pasal tanah..dlu ada cina nk bli tnah e2 pun utk ltk dlm beg nk tanam bunga..3mgu aku mkn kat kdai janda..serik aku.!!!!!!!